suria

Acara perasmian bertukar tragedi... jambatan runtuh akibatkan Datuk Bandar, 20 lagi terjatuh

Tangkap layar video jambatan runtuh di sebuah bandar di Mexico. sumber Twitter adrian_slabbert

DATUK Bandar di sebuah bandar di Mexico malu selepas sebuah jambatan yang baru dibina runtuh semasa majlis perasmian.

Insiden itu menyebabkan beliau dan lebih 20 orang terjatuh ke dalam parit.

Sekurang-kurangnya lapan orang, termasuk empat ahli majlis bandar raya, dua pegawai bandar lain dan seorang wartawan tempatan mengalami kecederaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sambutan tahun baharu bertukar tragedi, ramai cedera jambatan runtuh

Majlis perbandaran itu dalam satu kenyataan berkata, kesemua mangsa terpaksa dikeluarkan menggunakan pengusung dan dibawa ke hospital tempatan.

Video yang merakamkan kejadian tular di media sosial menyaksikan sekumpulan orang ramai berpusu-pusu melalui jambatan itu.

Jambatan gantung yang diperbuat daripada papan kayu dan rantai logam itu telah diubah suai, baru-baru ini.

Pegawai tempatan, termasuk ahli majlis bandar raya, jatuh kira-kira tiga meter di atas kawasan berbatu..

Menurut laporan berita tempatan, Datuk Bandar, Jos Luis Uri stegui berkata, beberapa individu yang mengiringinya pada perasmian tersebut telah melompat di atas jambatan, mungkin mahu membuatkannya bergoyang.

Uri stegui menjelaskan bahawa terdapat ramai orang yang melompat sebelum kejadian berlaku.

Selain itu katanya, kejadian juga mungkin berpunca daripada jumlah orang yang melalui jambatan itu melebihi kapasiti. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain