suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis kantoi curang dengan wanita lain, ditangkap khalwat oleh isteri sendiri

Seorang anggota polis disiasat kerana melanggar etika. foto KOMPAS.COM/SYARIFUDIN

SEORANG anggota polis disiasat atas dakwaan ditangkap khalwat bersama seorang wanita.

Kejadian itu melibatkan seorang anggota polis di Bima, Nusa Tenggara Barat di Indonesia.

Dalam insiden pada Ahad malam, anggota polis berkenaan ditangkap khalwat oleh isterinya sendiri.

Lelaki itu dikatakan sedang berdua-duaan dengan wanita lain di sebuah rumah sewa di Bima.

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki 'tangkap' isteri di bilik ada hubungan sulit dengan polis, skandal berstatus suami orang

Ketua Bahagian Operasi Polis Bima, Kompol Herman berkata, siasatan terhadap anggota tersebut dilakukan sejak Isnin.

Herman menegaskan bahawa jika anggota berkenaan terbukti melanggar tatatertib atau melakukan jenayah, maka tindakan wajar akan dikenakan.

Namun, status mengenainya masih belum diputuskan kerana siasatan sedang berjalan.

"Kes masih dalam siasatan," katanya. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain