suria

Ibu sanggup racun anak, raih simpati minta derma dijatuhi hukuman mati

Seorang wanita dijatuhi hukuman mati kerana meracun anaknya sehingga menyebabkan seorang maut.

SEORANG ibu tergamak meracuni anak-anaknya demi mendapatkan sumbangan derma menerusi media sosial.

Nattiwan Raakunjet dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah meracuni dua anaknya sehingga menyebabkan salah seorangnya maut.

Tindakannya itu sebagai usaha untuk meminta derma orang ramai di media sosial untuk rawatan perubatan mereka.

Wanita itu pada mulanya membawa anak lelakinya berusia empat tahun ke hospital selepas mengadu sakit perut dan muntah darah.

Dia mengatakan keadaan yang menimpa anaknya disebabkan alahan terhadap makanan laut.

racun anak 2

Salah seorang anak mengalami keracunan makanan.

Bagaimanapun, doktor yang merawat kanak-kanak itu mendapati mangsa mengalami jangkitan perut yang teruk, dan bukan reaksi alahan sebagaimana yang didakwa ibunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dera Anak: Gambaran Keluarga Bahagia Hanya Rekaan

Doktor mendapati wanita itu sebenarnya meletakkan bahan peluntur dalam makanan anaknya selama dua tahun,

Selain itu, anak perempuan wanita itu meninggal dunia pada 2019, juga merupakan mangsa keracunan.

Rakkunjet dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah meracuni anak-anaknya dan menyiarkan gambar mereka di media sosial sebagai cara meminta sumbangan orang ramai.

Pakar perubatan di Hospital Universiti Thammasat diBangkok, Thailand, mendapati dua kanak-kanak itu mengalami pendarahan dalam saluran pencernaan, muntah darah dan radang perut. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain