suria

Wanita hamil, rakan maut ditembak perompak

Salah seorang suspek dilihat mengacukan senjata api ke arah mangsa.

DUA perompak bersenjata menceroboh masuk ke dalam sebuah kedai sebelum menembak mati seorang wanita hamil dan rakan sekerjanya.

Rakaman mengejutkan menunjukkan salah seorang suspek bersenjata berlari masuk ke dalam kedai di bandar Manaus, Brazil, sambil memegang pistol.

Suspek juga dilihat mengejar mangsa dikenali Vanessa Araujo de Carvalho, yang hamil tujuh bulan sehingga ke belakang kedai sebelum menembak mati ketika berada di dalam bilik air.

Manakala rakan sekerjanya Jania Simplicio cuba bersembunyi dengan menyelinap di belakang kaunter kedai.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai itu menunjukkan mangsa berusia 50 tahun itu merayu sebelum ditembak dua kali oleh perompak berkenaan.

Ekoran itu, pasukan kecemasan dikejarkan ke tempat kejadian untuk membawa kedua-dua mangsa ke hospital.

Malangnya, mereka berdua meninggal dunia akibat kecederaan parah manakala bayi dalam kandungan Vanessa telah dikeluarkan melalui pembedahan caesar kecemasan, tetapi turut meninggal dunia akibat komplikasi kelahiran pramatang.

Terdahulu, suspek dikatakan telah melepaskan empat das tembakan ke arah seorang lelaki, Hudson Reis de Oliveira yang berada di luar kedai.

Kes disiasat dan identiti suspek bersenjata serta motif jenayahnya masih belum dikenal pasti. - The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

maut ditembak, perompak, ceroboh kedai,

Artikel Lain