suria

Protes Mahsa Amini: Empat individu terbunuh, ditembak pasukan keselamatan

Demonstrasi yang dilakukan kumpulan hak asasi Kurdish susulan kematian Mahsa Amini baru-baru ini.

KUMPULAN hak asasi Kurdish Iran melaporkan, sekurang-kurangnya empat orang terbunuh, puluhan cedera manakala seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun berada dalam keadaan kritikal selepas ditembak di kepala oleh pasukan keselamatan semasa protes anti-kerajaan berkaitan Mahsa Amini.

Difahamkan, protes yang tercetus semakin meningkat sejak Ahad sehingga merebak ke beberapa bandar dan bertukar menjadi ganas di beberapa kawasan.

Kumpulan hak asasi manusia Hengaw berkata, pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan di bandar Saqqez, kampung halaman Amini, di wilayah Kurdistan sehingga mengakibatkan kematian dua individu.

Di Divandarreh, juga di wilayah Kurdistan, pertempuran hebat meletus antara penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan pada awal Isnin.

"Sekurang-kurangnya dua rakyat, Fouad Qadimi dan Mohsen Mohammadi meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Kosar di Sanandaj dan 15 yang lain cedera," Hengaw berkata.

Kumpulan hak asasi manusia itu juga berkata bahawa seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun berada dalam keadaan kritikal selepas ditembak di kepala di Bukan, sebuah bandar di wilayah Azerbaijan Barat.

Penunjuk perasaan di beberapa bandar bertempur dengan pasukan keselamatan lewat kelmarin dan melaungkan slogan menentang rejim dan pihak berkuasa tertingginya, Pemimpin Tertinggi Ali Khamenei. - AlArabiya

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain