suria

Jururawat maut terjatuh dari platform ‘zip line’ setinggi 21 meter... hembus nafas terakhir depan teman lelaki, rakan

Yasmili terjatuh dari platform permainan 'zip line' yang berketinggian kira-kira 21 meter.

SEORANG jururawat maut selepas terjatuh dari platform permainan 'zip line' yang mempunyai ketinggian hampir 70 kaki (21 meter).

Yasmili Araujo, 23, meninggal dunia di hadapan teman lelaki dan rakannya di taman tema air Piracema Park Club di Rio Branco, utara Brazil, pada 2 Julai.

Jururawat tersebut pada mulanya naik ke bahagian atas platform permainan berkenaan tanpa memakai sebarang peralatan keselamatan.

Dia kemudiannya dilaporkan tiba-tiba 'hilang' melalui lubang di platform tersebut.

Sebaik terjatuh, wanita tersebut segera diberi bantuan kecemasan oleh anggota bomba di tempat kejadian sebelum pasukan paramedik membawanya ke hospital.

Bagaimanapun, dia diisytiharkan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke hospital.

Taman tema air berkenaan telah menutup operasinya selepas kemalangan tersebut.

Menerusi satu kenyataan, ia berkata operasi akan ditutup sehingga siasatan mengenai kemalangan tragis itu selesai.

Kes berkenaan kini dalam siasatan polis. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain