suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gangster mati ditembak, ahli keluarga anjur parti di tanah perkuburan... Siap hidang champagne untuk tetamu

Majlis berkenaan diraikan dengan taburan bunga, belon dan bunga api.

JAMES Whelan, seorang gangster yang maut ditembak pada April lalu diraikan dalam satu majlis luar biasa di kuburnya, baru-baru ini.

Rakan-rakan serta ahli keluarga menganjurkan parti yang cukup meriah sempena meraikan hari kelahirannya yang ke-30 biarpun dia sudah lama meninggal dunia.

Bertempat di Tanah Perkuburan Dardistown, Dublin, majlis berkenaan diraikan meriah dengan taburan bunga, belon, bunga api, serta champagne untuk tetamu.

Untuk rekod, gangster itu mati ditembak mati pada 3 April, dipercayai dibunuh kerana pertelingkahan yang melibatkan pengedar dadah yang berpangkalan di Finglas.

Sebelum ini, majlis pengebumian gangster itu turut dibuat dengan gilang-gemilang.

Dia dibawa ke gereja dengan kereta kuda, dihiasi dengan bunga putih dan dikebumikan di dalam keranda emas. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain