suria

Culik kanak-kanak, sorok dalam kubu bawah tanah selama 52 hari... Pedofilia dipenjara 19 tahun

Lelaki itu dijatuhkan hukuman penjara selama 19 tahun. Foto: Vesti.ru/east2west news.

SEORANG lelaki pedofilia dipenjarakan selama 19 tahun kerana menculik seorang budak lelaki dan menahannya sebagai tebusan di dalam kubu bawah tanah yang suram selama 52 hari.

Dmitry Kopylov, 28, dihantar ke sebuah penjara di Rusia selepas didakwa atas 62 jenayah keji yang berasingan terhadap seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun, dan seorang lagi mangsa yang tidak dijadikan tebusan.

Sebuah video menunjukkan ruang bawah tanah yang suram yang mana budak lelaki itu ditahan dan didera secara seksual turut disiarkan.

Jenayah Kopylov termasuklah "melakukan liwat dan perbuatan seksual lain terhadap seorang budak lelaki" serta membuat dan mengedar pornografi kanak-kanak.

Kubu menyeramkan dengan katil gaya penjara itu terletak di bawah rumah Kopylov di Makarikha, wilayah Vladimir, kira-kira 185 batu dari Moscow

Seorang hakim memutuskan bahawa Kopylov mesti menjalani rawatan psikiatri semasa menjalani hukuman 19 tahun dan 11 bulan di penjara berkenaan.

Kanak-kanak itu diselamatkan dan disatukan semula dengan ibu bapanya pada November 2020 berikutan maklumat Interpol berdasarkan risikan dari Barat.

Pasukan khas Rusia memotong pintu keluli dan memecahkan tingkap untuk memasuki kubu tempat dia ditahan, ruang bawah tanah bersiling rendah yang sejuk dengan dinding kosong, dibina khas untuk menahan mangsa.

Kopylov telah diperangkap oleh pihak berkuasa selepas dia berkongsi perlakuan jenayahnya menerusi satu laman web pedofilia. - Mirror.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain