suria

Gagal 11 kali dalam perkahwinan, warga emas tak putus asa... berharap temui suami ke-12

Monette enggan berputus asa dan mengharapkan agar dia dapat menemui kebahagiaan sekali lagi. Foto: TLC

IMPIAN seorang wanita untuk bergelar seorang isteri hancur lebur selepas tunangnya membatalkan majlis perkahwinan mereka.

Monette Dias, 52, dari Amerika Syarikat sudah pun menempuhi 11 perkahwinan sepanjang hidupnya namun kesemuanya berakhir di tengah jalan.

Dia yang merupakan seorang pereka dalaman mengharapkan hubungan cinta bersama tunangnya, John, berakhir dengan perkahwinan namun hasrat itu tidak kesampaian.

Monette muncul dalam rancangan 'TLC Addicted to Marriage', di mana dia meluahkan harapan untuk mencari suami ke-12 dan yang terakhir dalam hidupnya.

Dalam rancangan tersebut, Monette mendedahkan perkahwinan dengan John tidak dapat diteruskan selepas berlaku pertengkaran.

"Sangat menyakitkan untuk saya mengalami kegagalan lagi, terutamanya dalam hubungan ini di mana saya berusaha keras untuknya," katanya.

Monette walaubagaimapun enggan berputus asa dan mengharapkan agar dia dapat menemui kebahagiaan sekali lagi.

"Saya masih akan berpegang pada harapan untuk akhirnya mempunyai sebuah perkahwinan yang berkekalan," ujarnya. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain