suria

Bayi lelaki hasil hubungan sumbang mahram meninggal dunia selepas 2 jam dilahirkan... alami kecacatan genetik

Bayi tersebut meninggal dunia hanya dua jam 10 minit selepas dilahirkan.

SEORANG bayi lelaki yang dilahirkan oleh pasangan sumbang mahram, meninggal dunia beberapa jam selepas kelahirannya kerana 'terjejas secara genetik'.

Dilahirkan di Dustlik, Uzbekistan, pada 4 Jun lalu, bayi malang itu dilaporkan mengalami banyak kecacatan kelahiran kerana ibu bapanya adalah adik-beradik kandung.

Rakaman yang menyayat hati memaparkan bayi tersebut menangis dalam inkubator ketika seorang jururawat mengelap kulitnya yang kering dan bersisik di bahagian bawah badan.

Dia dilahirkan dengan severe congenital ichthyosis serta kecacatan kelahiran lain yang disifatkan sebagai 'mengancam nyawa', menurut Kementerian Kesihatan Uzbekistan.

Ichthyosis adalah penyakit kulit yang diwarisi dengan mempunyai ciri-ciri berwarna merah, kering dan kasar serta bersisik.

Ibu bayi tersebut yang berusia 28 tahun, hamil 35 minggu dan empat hari ketika dia melahirkan bayi tersebut, menurut Kementerian Kesihatan Uzbekistan pada 28 Jun.

Bayi itu adalah anak keduanya, di mana anak pertamanya hasil perkahwinan dengan suami terdahulu, dilahirkan normal.

Sungguhpun doktor sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk memulihkannya, malangnya bayi tersebut meninggal dunia hanya dua jam 10 minit selepas dilahirkan. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain