suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu amal diet vegan tergamak biar bayi berusia 18 bulan menderita kelaparan sehingga maut 

Ibu vegan biarkan anak berusia 18 bulan mati kelaparan.

SEORANG ibu yang juga pengamal diet vegan didapati bersalah kerana membiarkan anak lelakinya yang baru berusia 18 bulan mati kelaparan dengan memberikan mangsa buah-buahan dan sayur-sayuran mentah.

Sheila O'Leary, 39, disabitkan dengan kesalahan membunuh oleh hakim pada Rabu lalu, berhubung pertuduhan penderaan kanak-kanak yang dihadapinya berikutan kematian bayinya, Ezra O'Leary pada September 2019.

Bayi malang tersebut hanya seberat 17 paun (7.711 kilogram), di mana dia susut 7 paun (3.175 kilogram) pada saat kematiannya.

“Anak ini tidak makan. Dia mati kelaparan pada usia 18 bulan,” kata Francine Donnorummo, Ketua Unit Mangsa Khas di Pejabat Peguam Negeri.

Sheila dan suaminya, Ryan O'Leary, memberitahu pihak polis bahawa sungguhpun Ezra mengamalkan diet vegan yang ketat, dia juga diberi susu ibu.

Ezra tidak makan selama kira-kira seminggu sebelum meninggal dunia dan mengalami kesukaran tidur, kata mereka.

Laporan bedah siasat mendapati Ezra meninggal dunia akibat komplikasi yang dikaitkan dengan kekurangan zat makanan.

Pendakwa raya menuduh Sheila gagal mendapatkan rawatan perubatan untuk Ezra apabila dia menyedari anaknya sedang sakit.

Setelah Ezra meninggal dunia, O'Learys juga mengabaikan tiga anak mereka yang lain, yang berumur di bawah 11 tahun, menurut pendakwa raya.

Perbicaraan hukumannya bakal ditetapkan pada 25 Julai depan. - Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain