suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tampal tatu bunga pada kucing, TikToker dikecam gara-gara didakwa aniaya haiwan peliharaan

Pemilik kucing merakam aksi menampal tatu jenis tidak kekal pada kucing jenis Sphynx miliknya.

SEORANG TikToker merakam aksi menunjukkan dirinya melekatkan tatu atau pelekat tidak kekal bercorak bunga mawar pada kucing peliharaannya dari baka Sphynx.

Bagaimanapun video tersebut mencetuskan perdebatan dalam kalangan pencinta haiwan di ruangan komen, di mana mereka membangkitkan isu berkemungkinan pelekat tersebut membahayakan kucingnya.

Walaupun kelihatan menarik tetapi sesetengah pencinta haiwan merasakan tindakan berkenaan tidak wajar dan ianya salah satu bentuk penderaan haiwan.

Mereka turut meluahkan kebimbangan jika kucing tersebut tertelan pelekat sewaktu menjilat bahagian yang ditampal pada badannya itu.

Doktor haiwan dan persatuan pencinta haiwan tidak mengesyorkan tindakan menampal tatu pada haiwan peliharaan walaupun bertujuan memudahkan pengecaman, apatah lagi untuk tujuan estetik.

Malah, dakwat tatu ini mengandungi zarah pigmen yang bersifat kekal dalam kulit. -Daily Star

Artikel Lain