suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bengang aduan tak dipedulikan, penduduk nekad serbu jabatan bekalan elektrik untuk cas telefon, kisar rempah!

Penduduk nekad mengunjungi pejabat bekalan elektrik di Mangalore hampir setiap hari untuk mengecas telefon bimbit dan mengisar rempah.

KECEWA kerana gangguan bekalan elektrik terlalu lama, seorang penduduk akhirnya mengambil langkah yang agak 'luar biasa' sebagai penyelesaian kepada masalah yang dihadapinya.

Lelaki yang dikenali sebagai M Hanumanthappa dari Karnataka, India, bertindak 'mengunjungi' pejabat bekalan elektrik di Mangalore hampir setiap hari.

Bukan pergi dengan tangan kosong, sebaliknya lelaki tersebut membawa pengecas telefon bimbit, mesin pengisar dan balang rempah ratus

Dilaporkan, 'rutin' tersebut berlarutan sejak 10 bulan lalu.

Menurut laporan News 18, keluarga Hanumanthappa menerima bekalan elektrik hanya tiga hingga jam sehari, memaksa mereka hidup dalam kegelapan untuk tempoh yang lama setiap hari.

Lelaki itu sudah mengemukakan aduan mengenai masalah yang dihadapi, tetapi belum berjaya diselesaikan.

Malah dia pernah bertengkar dengan seorang pegawai berhubung isu tersebut, di mana pegawai berkenaan mencabarnya untuk datang ke pejabat bekalan elektrik.

Memandang serius kata-kata pegawai tersebut, Hanumanthappa kemudian mengunjungi pejabat bekalan elektrik untuk mengisar rempah dan mengecas telefon bimbit. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain