suria

Lembu jantan ditahan, berdepan hukuman penjara selepas serang budak lelaki 12 tahun hingga maut

Lembu ini ditahan selepas mengakibatkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun. Foto: Getty Images

PIHAK berkuasa Sudan mengesahkan membuat tangkapan terhadap seekor lembu kerana membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun.

Polis berkata lembu tersebut ditahan bersama pemiliknya selepas haiwan itu didakwa menyerang kanak-kanak berkenaan berhampiran sebuah ladang di Lakes State.

Serangan lembu menyebabkan kanak-kanak berkenaan meninggal dunia serta merta di tempat kejadian.

"Lembu jantan itu kini ditahan di sebuah balai polis di Rumbek Central County.

"Manakala mayat budak lelaki berkenaan dibawa ke hospital untuk bedah siasat seterusnya dibawa pulang untuk dikebumikan," kata jurucakap polis Sudan, Mejar Elijah Mabor.

Kejadian berkenaan bukan kali pertama menyaksikan haiwan ditangkap, didakwa dan dipenjarakan di negara tersebut.

Bulan lalu, seekor kambing biri-biri ditangkap dan didakwa atas tuduhan membunuh seorang wanita berusia 45 tahun. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain