suria

Curi tengkorak manusia! Penduduk setempat terkejut, polis belum temui motif penjenayah

Tengkorak manusia yang dicuri adalah untuk tujuan perubatan.

SEORANG penjenayah dilaporkan pelik kerana hanya mencuri kotak berisi tengkorak manusia dari syarikat pendermaan anggota badan, Science Care.

Malah, kejadian yang berlaku pada Khamis (3 mac) itu mengejutkan penduduk di Denver Colorado Amerika Syarikat.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelik tapi benar! Ada 5 lokasi di dunia tak boleh dijejaki oleh orang perempuan

ARTIKEL BERKAITAN: Puas cari, wanita pelik entah dari mana jeritan si bulus... tiba-tiba bau busuk pula dalam bilik, mungkinkah sebab gangguan waktu senja

Difahamkan, tengkorak yang dicuri itu adalah untuk penyelidikan perubatan.

Polis berkata, pada mulanya, trak yang membawa kotak berkenaan Jalan 23 Syracuse, kawasan kejiranan Central Park Denver dilanggar sebelum penjenayah terbabit memecah masuk dan mencuri kotak yang ditandakan dengan 'spesimen manusia'.

"Kepala manusia berada dalam jagaan Science Care yang digunakan untuk membantu meningkatkan penyelidikan dan pendidikan saintifik," katanya.

Polis masih belum pasti tujuan pencuri berkenaan.

Polis masih belum pasti tujuan pencuri berkenaan.

Bagi penduduk tempatan, Isaac Fields pula, mereka menyatakan rasa terkejut kerana kejadian kecurian itu sangat pelik.

Isaac berkata dia sedang berjalan dengan anjingnya, Margot, di kawasan itu ketika kecurian berlaku.

"Kami ingin tahu sama ada penjenayah itu secara khusus menyasarkan tengkorak manusia atau hanya mengambil barang pertama yang mereka lihat," ujarnya.

Malah katanya, Denver dianggap sebagai kawasan kejiranan yang 'selamat' dengan kadar jenayah yang sangat rendah. - Daily star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain