suria

Situasi makin baik, Arab Saudi umum tarik balik peraturan berkaitan Covid-19

Arab Saudi tidak lagi mewajibkan pengembara menjalani kuarantin wajib Covid-19 sebaik tiba di sana. Foto: Reuters.

ARAB Saudi menarik balik peraturan dan langkah-langkah pencegahan yang berkaitan dengan Covid-19 berikutan situasi semasa pandemik yang semakin baik.

Sumber rasmi di Kementerian Dalam Negeri berkata, langkah termasuk penjarakan sosial dan pemakaian topeng di luar rumah tidak lagi diwajibkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Umrah norma baharu... rakyat Malaysia disaran semak SOP, ambil kira beberapa perkara sebelum buat tempahan

Kementerian itu, yang dipetik oleh Agensi Akhbar Saudi berkata, penjarakan sosial di dua masjid suci dan semua masjid lain akan berakhir, tetapi jemaah masih perlu memakai topeng.

Arab Saudi tidak lagi mewajibkan pengembara menjalani kuarantin wajib Covid-19 sebaik tiba di sana.

Penumpang juga tidak perlu lagi menyediakan ujian PCR semasa ketibaan mereka.

Semua ketibaan di Arab Saudi dengan visa lawatan dalam apa juga bentuk dikehendaki mendapatkan insurans yang meliputi kos rawatan daripada sebarang jangkitan wabak tersebut.

Kementerian menekankan kepentingan untuk terus berpegang kepada garis panduan pelan kebangsaan untuk imunisasi, termasuk mendapatkan dos penggalak dan menggunakan prosedur untuk mengesahkan status kesihatan pada aplikasi "Tawakkalna" untuk memasuki kemudahan, aktiviti, acara, pesawat dan pengangkutan awam.

Ia menjelaskan bahawa langkah-langkah yang diambil di atas tertakluk kepada penilaian berterusan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berwibawa di Arab Saudi, mengikut perkembangan dalam situasi epidemiologi. - Arab News.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain