suria

Elak menstruasi teruk, wanita sanggup guna tuala sanitari yang sama sejak 7 tahun lalu

Beki masih menggunakan tuala wanita yang dibeli tujuh tahun lalu.

SEORANG wanita berusia 35 tahun mendedahkan bahawa dia menggunakan semula tuala haid bagi mengurangkan sakit menstruasi.

Beki Griffin dari Rutland berkata, tindakannya itu kerana dia disahkan menghidap endometriosis yang boleh menyebabkan sakit haid yang teruk.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara payung kitar semula, graduan Amerika jadi perhatian... ada misi nak didik masyarakat jaga alam!

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kasut pinjam’ buat hal masa konvo, graduan anggap macam pakai jenama Dior selepas kawan ‘bahan’ nampak berkilat dibalut sellotape

Menurutnya, dia terdesak untuk mencari penyelesaian bagi masalah kesihatan yang dihadapi termasuk mengambil setiap ubat yang berkaitan.

"Saya sentiasa mengalami haid yang sangat menyakitkan, sehingga saya tidak mampu bergerak hampir sepanjang bulan.

Beki masih menggunakan tuala wanita yang dibeli tujuh tahun lalu.

Beki masih menggunakan tuala wanita yang dibeli tujuh tahun lalu.

"Selepas saya pergi ke GP dan disahkan menghidap endometriosis. Saya mencuba segala-galanya daripada perkara mudah seperti parasetamol hingga mandi air panas tiga kali sehari untuk mengurangkan kesakitan,'' katanya.

Ujar Beki, dia juga sering melayari internet bagi mengetahui punca kesakitan sehingga akhirnya mengetahui tentang bahan kimia yang terdapat di dalam tuala wanita dan tampon.

"Saya melihat beberapa orang telah mencuba tuala sanitari yang boleh diguna semula dan melihat perbezaan besar dalam kitaran haid mereka. Saya fikir ia berbaloi untuk dicuba dan membeli pek pertama kira-kira tujuh tahun lalu.

"Sehingga kini saya masih menggunakannya dan telah membeli beberapa pek tambahan," katanya. - Daily star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain