suria

Mewah! Ahli perniagaan tayang pelitup muka emas bernilai RM236,700

Pelitup muka ini bernilai RM236,700.

KETIKA pandemik Covid-19 masih belum berakhir, pelitup muka menjadi salah satu benda wajib dalam kehidupan norma baharu.

Pembuat atau pereka pelitup muka di seluruh dunia tampil dengan idea menarik malah ada yang mencipta pelitup muka dengan bertatah emas dan berlian, sekaligus memberi peluang golongan kaya untuk menonjolkan status mereka.

Terbaharu, seorang ahli perniagaan dari Bengal menayang pelitup mukanya yang diperbuat daripada emas bernilai Rs 5.70 lakhs (RM236,700).

Difahamkan, pelitup muka itu dicipta oleh Chandan Das, seorang pembuat barang kemas di bandar Budge Budge.

Menurut laporan News 18, Das mencipta pelitup muka emas seberat 108 gram untuk ahli perniagaan berkenaan dalam tempoh 15 hari.

Semasa perayaan 'Durga Puja' di Kolkata, ahli perniagaan itu menayang pelitup mukanya kepada khalayak tetapi dia terpaksa menanggalkannya kerana mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Gambar pelitup muka emas itu menjadi tular di Twitter selepas dikongsi oleh wartawan, Rituparna Chatterjee. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain