suria

Tak dapat makan kentang goreng, lelaki ugut bunuh pekerja restoran

Kejadian itu berlaku di sebuah restoran di Australia, Jumaat lalu. Foto: Getty.

MELAMPAU.

Mungkin itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan sikap panas baran lelaki ini.

Dalam satu kejadian di Australia pada Jumaat, seorang lelaki berusia 24 tahun mengamuk di sebuah restoran.

Dia turut mengugut untuk membunuh pekerja restoran kerana tidak dapat menjamu hidangan kentang goreng.

Menurut pihak restoran, mereka gagal menghidangkan menu itu kerana dapur sudah ditutup.

Namun, lelaki itu menunjukkan pisau dan memaksa mereka memasak hidangan tersebut.

Bimbang kejadian buruk berlaku, pihak restoran terus menghubungi polis untuk meminta bantuan.

Ketika lelaki itu sedang menunggu hidangan disediakan, polis sempat tiba ke lokasi kejadian dan menahannya.

Dia didakwa di mahkamah pada Sabtu, namun tiada sebarang hukuman dikenakan setakat ini. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain