suria

Gempar! Hiasan bunga dengan perkataan lucah ditemui di tanah kubur

Hiasan bunga dengan perkataan lucah di tanah kubur. foto Daily Star

HIASAN bunga untuk penghormatan terakhir berbaur lucah menggemparkan seorang lelaki yang menziarah di sebuah tanah perkuburan.

Bunga dengan tulisan merah dan putih itu disandarkan pada sebuah kubur dengan perkataan lucah,

Tindakan itu dipersoalkan bagaimana ia boleh dilakukan oleh kedai bunga.

Bercakap kepada ECHO, saksi yang merakamkan foto iru di Tanah Perkuburan Allerton di Liverpool, United Kingdom berkata, ia merupakan satu tindakan yang tidak wajar.

"Saya tidak faham kenapa seseorang dibenarkan untuk meninggalkan mesej seperti itu di tempat yang sepatutnya dihormati.

"Saya tergamam. Ia tidak sepatutnya dilihat berlaku di kawasan perkuburan, atau di mana-mana saja.

"Apa yang lebih mengejutkan adalah pihak kedai bunga atau mengatur dan menghiasnya mengikut permintaan.

"Saya agak jika ada seseorang sedia membayarnya, mereka hanya lakukan saja," katanya.

ECHO difahamkan kejadian berlaku minggu lalu, dan majlis perbandaran Liverpool telah memindahkan hiasan tersebut keluar dari kawasan perkuburan, pada Isnin. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain