suria

Dua pelajar dibuang universiti gara-gara lamar, berpelukan di kampus

Kejadian membabitkan dua pelajar universiti di Pakistan yang berpelukan di kampus menjadi tular. foto Twitter

DUA pelajar dibuang dari sebuah universiti terkemuka di Pakistan, gara-gara berpelukan dan melamar di kampus, menurut laporan PTI.

Tindakan dibuat susulan sebuah video yang menjadi tular di Internet.

Jawatankuasa disiplin khas University of Lahore mengadakan mesyuarat pada 12 Mac lalu dan memanggil dua pelajar terbabit, tetapi mereka gagal menghadirkan diri.

Ia kemudian memutuskan untuk menggugurkan pelajar lelaki dan perempuan itu serta melarang mereka berada di kampus.

University of Lahore berkata, kedua-dua pelajar tersebut terlibat dalam salah laku dan pelanggaran peraturan universiti.

Video tersebut menjadi kecoh di laman Twitter selepas menjadi tular di media sosial, susulan kejadian yang berlaku pada Khamis.

Rakaman video menunjukkan seorang pelajar perempuan melutut dengan memegang sejambak bunga ros, bagi melamar pelajar lelaki terbabit.

Pelajar lelaki itu kemudian mengambil jambangan bunga sebelum kedua-duanya berpelukan, dan kedengaran sorakan pelajar-pelajar lain. - India Times

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain