suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mahu beli makanan, pelanggan terkejut lihat pekerja restoran selamba korek hidung

Ujar pelanggan itu, kejadian di cawangan Cornwall, England itu berlaku pada 10 Mac lalu.

SEORANG petugas restoran makanan segera popular dikecam kerana berkelakuan jijik ketika melayan pelanggan.

Petugas itu bukan sahaja tidak memakai pelitup muka, malah dia juga sempat mengorek hidung ketika bekerja.

Menurut seorang pelanggan, dia terkejut apabila menyaksikan hal itu.

Ujar pelanggan itu, kejadian di cawangan Cornwall, England berlaku pada 10 Mac lalu.

"Kakitangan mereka masukkan jari ke dalam hidung ketika menguruskan makanan.

"Dengan kes Covid-19 yang semakin meningkat lagi. Ia tak bagus untuk dilihat," ujar pelanggan itu.

Pelanggan itu turut berkongsi foto bukti menerusi media sosial.

Mendapat perhatian pasukan khidmat pelanggan restoran berkenaan, dia turut ditawarkan sejumlah wang ganti atas kejadian itu. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain