suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enggan pakai pelitup muka, penumpang mengamuk serang pemandu Uber... batuk, sembur lada

Seorang penumpang wanita yang enggan memakai pelitup muka, bertindak batuk terhadap seorang pemandu Uber.

KECOH seorang penumpang wanita menyerang dan mengganggu seorang pemandu Uber hanya kerana diminta untuk memakai pelitup muka.

Pemandu terbabit, Subhakar Khadka mengalami nasib malang apabila menerima seorang penumpang yang ingkar memakai pelitup muka.

Bukan setakat itu, penumpang berkenaan bersama dua rakannya mengganggu pemandu tersebut, batuk pada mangsa selain mengeluarkan kata-kata rasis.

Malah, mereka juga mengeluarkan semburan lada terhadap pemandu tersebut.

Video berhubung kejadian yang berlaku di San Fracisco, Amerika Syarikat itu kemudian tular di Internet.

Menurut laporan BBC, wanita berkenaan telah ditahan susulan kejadian itu.

Polis berkata, suspek berusia 24 tahun, Arna Kimiai tampil menyerah diri di balai polis.

Pertuduhan lain yang dihadapi Arna adalah menyerang dan melanggar undang-undang kesihatan dan keselamatan bandar itu. - India Times

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain