suria

Buntu sering ditolak para wanita, lelaki kerdil nekad minta bantuan polis carikan jodoh!

Azim mempunyai masalah mencari pasangan hidup kerana hanya berketinggian dua kaki. Foto: Times of India

SEORANG lelaki berusia 26 tahun terpaksa meminta bantuan polis sebagai ikhtiarnya untuk mencari calon isteri selepas buntu gara-gara sering ditolak oleh wanita.

Azim Mansuri, dari Uttar Pradesh, India berdepan dengan masalah mencari teman hidup kerana hanya mempunyai ketinggian dua kaki (61 sentimeter).

Menurut Times of India, Azim meminta bantuan polis kerana merasakan ia termasuk dalam 'perkhidmatan awam'.

Dilaporkan, Azim telah berusaha mencari pasangan hidup selama lebih daripada lima tahun.

Anak bongsu daripada lima beradik itu yang kini mengusahakan kedai kosmetik dengan abangnya juga berhenti sekolah sebelum ini akibat diejek dan dihina kerana keadaan fizikalnya.

Ketika menjangkau usia 21 tahun, ibu bapa Azim mula mencari pasangan hidup untuknya namun usaha tersebut tidak berjaya.

Menurut abang iparnya, mereka telah banyak kali berusaha namun hanya disebabkan ketinggian Azim, wanita-wanita berkenaan menolaknya.

"Saya tidak dapat tidur malam. Saya sudah lama mencuba. Adakah saya tidak memiliki sesiapa pun untuk berkongsi hidup?" kata Azim.

Dalam pada itu seorang pegawai polis, Satpal Singh berkata, pihaknya tidak pasti bagaimana cara untuk membantu pemuda berkenaan.

"Tetapi kami akan melihat apa yang boleh dilakukan," katanya. - Indiatoday

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain