suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dugaan hari pertama bekerja, rider sanggup lambat hantar barang untuk bantu angsa lintas jalan

Sewaktu kejadian, seorang lagi rider berada di dalam kenderaan mereka sambil membuat rakaman.

APABILA bergelar rider penghantar barang atau makanan, cabaran utama tentunya berhadapan dengan kesesakan lalu lintas atau ragam pelanggan.

Namun lain pula ceritanya melibatkan dua rider ini apabila perjalanan mereka terhenti disebabkan sekumpulan angsa.

Menerusi satu video tular, rider itu menghentikan kenderaan dan cuba membantu angsa-angsa melintas jalan.

Sewaktu kejadian, seorang lagi rider berada di dalam kenderaan mereka sambil membuat rakaman.

"Angsa-angsa itu seperti tersesat. Jadi kawan saya terjun keluar dari kenderaan dan bantu mereka," ujar individu yang berkongsi video itu.

Setelah rakaman itu tular, ramai netizen turut berjenaka mengenai kejadian itu. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain