suria

Hari Valentine paling bermakna, lelaki hadiahkan buah pinggang buat isteri

Isterinya sudah menderita penyakit kegagalan buah pinggang sejak tiga tahun lalu.

DEMI cinta sejati, apa sahaja sanggup dilakukan lelaki ini.

Pada 14 Februari yang juga sambutan Hari Kekasih, lelaki dikenali sebagai Vinodbhai Patel mendermakan buah pinggang buat isteri yang tersayang.

Kata lelaki dari India itu, isterinya, Ritaben Patel sudah menderita penyakit kegagalan buah pinggang sejak tiga tahun lalu.

"Dia bersama saya sepanjang masa, tak kira apa situasi.

"Bagaimana saya tergamak biarkan dia menderita sendirian?

"Jadi saya buat keputusan untuk derma buah pinggang saya kepadanya," ujar lelaki itu.

Tambahnya, wanita itu disifatkan sebagai individu paling penyayang dalam keluarganya. - India Times.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain