suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki warga emas bersekongkol dengan cucu, bunuh isteri malas memasak

Selepas dibunuh, Jhunnilal berkata dia bersama tiga suspek membuang mayat mangsa di sebuah jambatan. (Foto: iStock)

EMPAT individu termasuk suami dan cucu tiri kepada seorang wanita ditahan polis atas dakwaan bunuh.

Menurut polis di Patti, India, wanita itu didakwa menjadi mangsa bunuh gara-gara malas memasak.

Mayat wanita berusia 65 tahun dikenali sebagai Baskali Devi itu ditemui pada 28 Januari lalu.

Selain suaminya, Jhunnilal Prajapati dan cucu tiri, Vijay Kumar Prajapati, dua lagi individu turut dikaitkan dengan pembunuhan itu.

Selepas siasatan dilakukan, Jhunnilal mengaku membunuh isterinya.

Ujarnya, mereka sering bertengkar.

Antara punca pertengkaran termasuklah sikap isterinya yang malas memasak.

Setelah dibunuh, Jhunnilal berkata dia bersama tiga suspek membuang mayat mangsa di sebuah jambatan.

Keempat-empat mereka kini sedang melalui proses undang-undang sebelum dibicarakan dan dijatuhkan hukuman. - India Times.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain