suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pukul kekasih guna tukul, letak cecair peluntur dalam kopi gara-gara biarkan TV terpasang

Wanita berusia 74 tahun berang kekasihnya membiarkan TV terpasang, sebelum memukul kepalanya ketika tidur. foto Daily Star

SEORANG wanita berusia 74 tahun didakwa memukul kekasihnya di kepala menggunakan tukul gara-gara membiarkan TV terpasang.

Dalam kejadian di Arizona, Amerika Syarikat (AS), Marilyn Kepler turut didakwa meletakkan peluntur dalam minuman kopi untuk meracun kekasihnya.

Suspek memberitahu polis bahawa dia berang dengan kekasihnya kerana televisyen yang dibiarkan terpasang itu di menganggu tidurnya.

Pasangannya yang juga berusia 74 tahun berkata, wanita itu memukulnya di kepala ketika tidur.

Bercakap kepada polis, dia dapat meyakinkan kekasihnya untuk memandu ke hospital selepas kejadian.

Namun tambahnya, wanita itu memandu melepasi hospital dan mengacukan pistol kepadanya.

Menurut polis, mangsa dapat mengelak dan melarikan diri sebelum wanita berkenaan beredar.

Orang ramai yang melihat mangsa kemudian membawanya ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Marilyn ditahan kerana melakukan serangan ganas domestik dan dimasukkan ke penjara. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain