suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Archie dah nak jadi abang! Putera Harry, Meghan umum bakal timang cahaya mata kedua

Putera Harry dan Meghan gembira dengan kehadiran ahli baharu dalam keluarga mereka. Foto: Misan Harriman

PUTERA Harry dan isterinya, Meghan Markle membuat pengumuman rasmi bahawa mereka bakal menimang cahaya mata kedua, tidak lama lagi.

Duke dan Duchess of Sussex itu berkata, anak sulung mereka, Archie Harrison Moutnbatten-Windsor bakal menjadi abang.

Jurucakap kepada pasangan berkenaan berkata: "Kami boleh sahkan bahawa Archie akan menjadi abang.

"Duke dan Duchess of Sussex sangat gembira dengan kehadiran cahaya mata kedua mereka".

Berita gembira itu diumumkan pada Ahad, sempena Hari Valentine.

Bagaimanapun, pengumuman berkenaan tidak menyatakan mengenai tempoh kehamilan Meghan ketika ini.

Meghan sebelum ini berkongsi kesedihannya selepas mengalami keguguran pada Julai tahun lalu.

Untuk rekod, anak sulung pasangan berkenaan dilahirkan pada 6 May 2019. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain