suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa bumi 7.3 magnitud gegar Jepun, lebih 100 cedera

Runtuhan konkrit akibat gempa kuat dengan magnitud 7.3 pada Ahad. Foto: AP

GEMPA bumi kuat dengan magnitud 7.3 melanda timur laut Jepun pada Ahad, mengakibatkan lebih daripada 100 orang dilaporkan cedera.

Bencana tersebut turut menyebabkan operasi kereta api laju terhenti serta bekalan bekalan elektrik dan air terputus.

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Perdana Menteri, Yoshihide Suga pada pertemuan dengan anggota kabinet pagi Ahad berkata, kerajaan menerima laporan mengenai jumlah kecederaan tetapi tidak melibatkan angka kematian.

Namun Suga menggesa rakyatnya untuk tetap waspada.

Kebanyakan mangsa cedera dilaporkan di wilayah Fukushima, Miyagi, Chiba, Kanagawa dan Saitama.

Gempa itu turut dirasakan di beberapa kawasan lain termasuk ibu kota.

Menurut pengendali Tokyo Electric Power Company Holdings Inc., tiada laporan menyatakan loji nuklear di Fukushima terjejas.

Dalam pada itu, bekalan eletrik yang terputus yang menjejaskan kira-kira 900,000 isi rumah, sebahagian besarnya sudah pulih. - Japantoday.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain