suria

Pengantin perempuan teruk dikecam gara-gara gambar ‘ikat’ bayi pada gaun tular di internet

Gambar yang dimuat naik di Reddit yang memaparkan seorang bayi diikat pada gaun pengantin perempuan. Foto: Reddit

SEORANG wanita menjadi bahan krikitan netizen selepas gambarnya yang mengikat bayinya pada gaun pengantin tular di internet.

Gambar tersebut dikongsi oleh seorang pelayar yang memuat naiknya di laman Reddit.

Menerusi gambar tersebut, kelihatan pasangan pengantin yang sedang berjalan di sebuah gereja untuk disatukan, dan seorang bayi yang diikat pada gaun pengantin perempuan yang beropol-ropol.

Malah menerusi gambar itu juga, kelihatan wajah para tetamu yang terkejut dan kehairanan melihat bayi berkenaan 'ditarik' oleh pengantin perempuan.

Jelas sekali gambar berkenaan menimbulkan rasa marah pengguna Reddit.

"Katakan kepada saya bahawa itu bukan bayi sebenar. Tapi jika betul, kenapa tidak ada yang menyelamatkan bayi itu?" tulis seorang pelayar meluahkan rasa marah.

Memetik laporan The Sun, pengantin perempuan yang juga ibu bayi berkenaan tampil mempertahankan tindakannya selepas ia tular di internet.

"Jawapannya adalah, kami melakukan apa yang kami mahu bila mana kami mahu, selagi semuanya berjalan lancar dan terus berjalan lancar. Bayi itu sedang terjaga dan selamat di bawah kendalian saya," katanya.

Difahamkan, foto itu dirakam pada tahun 2014 di Tennessee. Namun, ia tular kembali di Reddit. - Dailystar



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain