suria

Wow! Foto unik fenomena full moon dapat perhatian netizen

Sentuhan magis Zach mendapat perhatian netizen.

USAHA seorang jurugambar ternyata tidak sia-sia apabila gambar fenomena full moon yang dirakamnya mendapat perhatian netizen gara-gara menyerupai mata manusia.

Gambar dirakam Zach Cooley itu mendapat lebih 17,000 tanda suka di Instagram.

Menurut Zach, gambar itu dirakam ketika dia bercuti sempena sambutan Hallowen di Taman Negara Arches, Utah dekat Amerika Syarikat (AS) pada 28 Oktober lalu.

"Saya merancang percutian itu dengan harapan dapat mengambil gambar unik ini.

"Ia agak sukar dan segala perancangan dibuat beberapa bulan lalu," katanya.

Rata-rata netizen menyifatkan Zach sebagai jurugambar profesional gara-gara gambarnya yang tular itu.

Lokasi gambar itu diambil dikenali sebagai ’Delicate Arch’ yang terhasil menerusi lengkungan batu pasir yang mempunyai ketinggian 16 meter. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain