suria

Bapa empat anak meninggal selepas tenat dipatuk ular, foto tular bongkar kehidupan daif

Keadaan rumah yang didiami Zaini bersama isteri dan empat anaknya.

DEK kerana kehidupan serba daif, empat kanak-kanak menjadi anak yatim selepas bapa mereka meninggal dunia kerana tiada wang untuk mendapatkan rawatan selepas dipatuk ular.

Mangsa dikenali sebagai Zaini dipatuk ular semasa hendak ke laut menangkap ikan di Jambi, Indonesia.

Menurut kakak ipar Zaini, Husni, Zaini terbaring sakit di rumah selama beberapa hari dan menghembuskan nafas terakhirnya lima hari kemudian.

"Awalnya dia digigit ular, sejak itu dia mula kurang sihat. Dia meninggalkan empat anaknya yang masih kecil.

"Anak sulung arwah berusia lapan tahun manakala tiga lagi anaknya dilahirkan dengan masing-masing jarak setahun," kata Husni.

Tambahnya lagi, Zaini tinggal menumpang di tanah orang untuk mendirikan pondok didiami mereka enam beranak.

Rumah yang diperbuat daripada kayu dan beratapkan daun nipah itu didirikan bersama orang kampung.

"Bahagian bawah rumah pondok yang menggunakan tiang akan terendam air saat air pasang.

"Mereka sekeluarga juga sukar mendapatkan bekalan air bersih," katanya.

Nasib keluarga itu akhirnya mendapat perhatian pihak berkuasa susulan foto Zaini terlibat terbaring sakit dikelilingi isteri dan anak-anaknya yang masih kecil tular di media sosial. - Kompas

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain