suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Atuk 74 tahun gagah bergelut dengan buaya demi selamatkan anjing, curut tak terlepas dari mulut!

Rakaman video yang memaparkan Wilbanks sedang bergelut dengan seekor buaya sambil menghisap curut.

SEBUAH klip video memaparkan seorang lelaki warga emas bergelut menyelamatkan anjing peliharaannya daripada digigit seekor buaya, mengkagumkan netizen.

Apa yang membuatkan ramai 'terlopong' adalah apabila melihat curutnya langsung tidak terlepas daripada mulut ketika 'pergelutan' berkenaan.

Menceritakan kembali insiden yang berlaku pada Jumaat lalu itu, Richard Wilbanks, 74, dari Florida berkata ketika itu dia sedang berjalan bersama anjingnya, Gunner, di sebuah kolam berdekatan kediamannya.

Namun tidak semena-mena, seekor buaya muncul keluar daripada kolam berkenaan dan menerkam haiwan peliharaannya.

Menerusi rakaman video itu, kelihatan Wilbanks yang berseluar pendek, bertopi sambil menghisap curut bergelut dengan buaya berkenaan sebelum berjaya menyelamatkan anjingnya.

Menurut Wilbanks, Gunner mengalami luka tusukan kecil akibat serangan buaya itu.

Tambah pesara itu, tangannya juga turut calar-balar akibat pergelutan berkenaan. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain