suria

Elak Covid-19, restoran perkenal konsep makan dalam bebola plastik gergasi untuk pelanggan

Konsep baharu itu akan diperkenalkan bermula bulan hadapan.

DALAM berhadapan pandemik Covid-19, banyak normal baharu kehidupan yang perlu kita biasakan.

Antara yang paling penting tentunya penjagaan jarak sosial antara satu sama lain.

Terbaharu, sebuah restoran di King’s Lynn, Norfolk, London memperkenalkan konsep makan dalam bebola plastik gergasi.

Ia akan diperkenalkan bermula bulan hadapan dan sehingga kini restoran itu sudah mencapai had tempahan sehingga akhir bulan Ogos.

Menurut Joshua Green, tukang masak restoran, konsep itu membolehkan pelanggan makan tanpa rasa bimbang.

"Jika mereka bimbang untuk datang, mereka boleh duduk di dalam bebola plastik itu.

"Ia juga kalis hujan dan ada sistem pencahayaan," ujarnya.

Jika cuaca sejuk pula, restoran itu turut menawarkan sistem pemanasan badan dalam setiap bebola itu buat pelanggannya. - The Sun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

bebola gergasi, restoran, Covid-19, London

Artikel Lain