suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli Parlimen selamat lahirkan anak selepas tangguh bersalin demi mengundi

SEORANG ahli Parlimen selamat melahirkan bayi lelaki setelah menangguhkan pembedahan untuk bersalin gara-gara undian Brexit.

Dia berkongsi foto kelahiran itu pada Sabtu yang mana anaknya dilahirkan pada Khamis.

Tulip Siddiq, isteri kepada Chris Percy ditolak masuk ke Parlimen menaiki kerusi roda, dua hari sebelum itu untuk membuang undi.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan, dia dan suaminya ternyata gembira dengan kelahiran itu.

Ahli parlimen, Tulip Siddiq bersama suami.

"Dengan bangga kami memperkenalkan kepada anda, Raphael Mujib StJohn Percy.

"Kami berterima kasih kepada jururawat, doktor dan bidan di hospital atas kerja yang cemerlang menjaga saya dan anak," katanya.

Bayi itu dilahirkan pada pukul 9.59 dengan kaedah caesarean.

Bayi seberat 2.9 kilogram itu dilahirkan di Royal Free Hospital. - Daily Mail.

 

Tulip Siddiq, Brexit

Artikel Lain