suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seminggu terperangkap dalam lubang 250 kaki, apa nasib kanak-kanak ini?

TIDAK dapat dibayangkan bagaimana nasib seorang kanak-kanak dua tahun yang terperangkap dalam lubang sedalam 250 kaki selama seminggu.

Usaha membawa keluar mangsa dilakukan dengan penggalian oleh pihak penyelamat.

Mereka terpaksa membuat lubang khas bagi membolehkan pasukan penyelamat masuk ke lubang tempat kanak-kanak itu terperangkap.

Malah, mereka turut membawa mesin penggali yang paling berkuasa di Sepanyol bagi membantu operasi itu.

Selepas lubang khas digali, satu kapsul yang berkemampuan membawa dua penyelamat dan tangki oksigen akan dibawa masuk.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Julen itu hilang dari kediamannya sebelum disedari terjatuh dalam lubang berkenaan.

Lubang itu pada asalnya digali untuk mencari sumber air.

Dalam pada itu, orang ramai turut menzahirkan rasa simpati dan menghantar mesej sokongan kepada keluarga mangsa menerusi laman sosial.

Disertakan dengan tanda pagar #MyHandToJulien, ramai yang tampil mendoakan keselamatan kanak-kanak itu. - Daily Mail.

Julien, #MyHandToJulien

Artikel Lain