suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wajah penumpang bertukar hijau, pesawat terpaksa mendarat gara-gara wabak misteri

SEBUAH pesawat terpaksa membuat pendaratan cemas di Rusia selepas lima penumpang mengadu lemas secara tiba-tiba.

Pesawat Ural Airlines dalam perjalanan dari Moscow ke Dubai itu membawa 150 penumpang.

Setelah mendarat, lima buah ambulans dikejarkan ke pesawat itu untuk merawat penumpang yang terjejas.

Simptom misteri itu berlaku ke atas penumpang yang berada di barisan 21 hingga 26 pesawat dalam kelas ekonomi.

"Saya terkejut dengan seorang wanita menjerit minta tolong.

"Dia menjerit sebab suaminya tiba-tiba sakit. Dia lemas dan tak boleh bernafas.

"Muka dia pun dah bertukar hijau, semua orang dalam pesawat panik," dedah seorang penumpang yang menyifatkan penerbangan itu seperti neraka.

Sehingga kini, tiada sebarang penjelasan dibuat mengenai kejadian yang dikaitkan dengan wabak misteri itu.

Setelah penumpang terjejas dirawat, pesawat meneruskan penerbangan ke Dubai dan tiba lewat dua jam. - Mirror.UK.

Ural Airlines, pesawat, wabak, misteri

Artikel Lain