DNA disalin dalam cip khas, saintis mahu bantu manusia hidup selamanya

PERKEMBANGAN teknologi kadang-kala membawa kepada ciptaan yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh kita.

Suatu ketika dahulu, siapa sangka manusia berupaya membuat pengklonan haiwan, namun ia berjaya dilakukan.

Dalam era serba moden ini, wujud pula cip yang dicipta untuk ditanam dalam tubuh manusia.

Terbaharu, beberapa syarikat yang menerajui teknologi berkenaan sedang giat berusaha untuk membangunkan satu cip khas yang mungkin kedengaran mustahil.

Cip yang disebutkan ialah teknologi untuk memastikan manusia dapat hidup selama-lamanya.

Menurut pengasas Digital Anthropologist, Richard Skellet yang mengakui dirinya pakar masa depan, perkara itu tidak mustahil untuk dicapai.

"Kedengaran tak masuk akal pada masa ini sebab teknologi belum betul-betul ada, tapi kita sudah ada teknologi klon.

"Cuba bayangkan ada salinan sebenar DNA anda, cip itu akan mengumpul semua maklumat peribadi termasuklah apa yang dipelajari, semua benda yang menjadi jiwa anda.

"Macam mengarut, tapi bayangkan anda mati dan cip itu diletakkan pada tubuh badan lain, maknanya anda masih hidup," katanya.

Namun katanya, dia juga tidak menolak kemungkinan berlaku jenayah curi identiti jika teknologi itu diperkenalkan.

"Malah, orang jahat juga boleh menjejaki pergerakan kita secara fizikal dan digital," katanya lagi. - Daily Star.

Cip, DNA, Richard Skellet

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain