suria

Boo anjing paling comel di dunia mati

Boo mati pada usianya 12 tahun. Foto Facebook Boo

ANJING jenis Pomeranian iaitu Boo yang digelar sebagai 'anjing paling comel di dunia' mati pada Jumaat.

Pemiliknya berkata, ia mati di Amerika Syarikat (AS) pada usia 12 tahun.

Menerusi perkongsian di Facebook pada Sabtu, pemilik Boo berkata, keluarga mereka berduka cita dengan pemergian anjing itu yang merupakan bintang media sosial.

"Dengan penuh berduka cita, saya mahu berkongsi mengenai Boo yang telah mati semasa tidurnya, awal pagi ini. Ia meninggalkan kami dan 'pergi' menyertai teman baiknya, Buddy. 

"Kami sekeluarga bersedih, tetapi kami lega kerana ia tidak lagi dalam kesakitan," tulisnya.

Sahabat baik Boo iaitu Buddy yang juga jenis Pomeranian mati pada 2017.

Boo begitu dikenali di Internet sejak sedekat lalu, mempunyai lebih 16 juta tanda suka (like) dan pengikut di halaman Facebook mengenainya.

Pemilik Boo memberitahu, dia mula menyedari tanda-tanda masalah jantung haiwan peliharaannya itu semasa Buddy mati.

"Boo, kami menyayangi kamu dengan sepenuh hati dan kami akan merindui kamu sehingga kita berjumpa lagi," katanya. - Philippine Daily Inquirer/Asia News Network

Boo

Artikel Lain