suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Imej suspek wanita umpama E.T cetus kekecohan di laman web polis

PELBAGAI jolokan diberikan kepada lakaran imej yang diedarkan polis menerusi laman web untuk mengesan individu yang dikehendaki kerana jenayah rompakan.

Wanita yang kelihatan cengkung dan leher jinjang itu disamakan dengan makhluk asing daripada filem yang dihasilkan Steven Spielberg, E.T.

Malahan, ada juga yang menggambarkannya sebagai watak Voldermort dalam filem Harry Potter.

Susulan lakaran wajah penjenayah itu, lebih 400 komen diterima polis Staffordshire, termasuk ada yang memuat naik gambar watak dalam filem 1982 itu.

Kata John Stanway: "Mana mungkin E.T akan menghubungi polis."

Lebih melucukan apabila ada yang mencadangkan watak Mulder dan Scully dalam X-Files untuk mengesan suspek kes rompakan itu.

Alan Tamsput berkata: "Jika saya menemuinya, saya tidak akan hubungi polis Staffordshire tetapi Mulder dan Scully."

Suspek wanita itu dikehendaki kerana disyaki terlibat dalam kes pecah masuk kediaman di Lichfield, Staffordshire pada 2 Januari lalu.

Dalam kejadian itu, masing-masing dua lelaki dan wanita menceroboh rumah di Jalan Richard Cooper di Shenstone kira-kira pukul 9 malam.

Siasatan awal mendapati sejumlah wang tunai dan barangan elektrik dicuri sebelum keempat-empat perompak itu melarikan diri dengan menaiki kereta Audi.

Suspek wanita itu digambarkan seorang yang kurus , berusia pertengahan 30an dengan rambut perang serta bercakap loghat Birmingham.- Metro.co.uk



 
E.T, Harry Potter

Artikel Lain