suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada tukang masak di White House, Trump jamu atlet makanan segera

JIKA anda pergi ke White House dan mengharapkan dijamu dengan hidangan enak oleh chef terkemuka, anda mungkin tersilap!

Presiden Donald Trump terpaksa memesan makanan segera dari McDonald's, Burger King, piza dan juga Wendey selepas semua tukang masak di White House  berhenti kerja.

Semua tukang masak tersebut antara 800,000 kakitangan kerajaan yang tidak dibayar gaji susulan penutupan separa agensi persekutuan ekoran kedegilan Trump berhubung pembinaan tembok sempadan AS-Mexico.

Baru-baru ini Trump menjamu pemain ragbi Clemson dengan makanan segera yang dihidangkan di atas piring besar berwarna perak.

Trump mendedahkan dia pada awalnya mahu menghidangkan salad hasil tangan isterinya, Melania Trump tetapi mengubah fikirannya dengan memesan makanan segera.

"Saya fikir itu makanan kegemaran mereka (atlet).

Trump memesan kira-kira 1,000 hamburger bersama dengan nuget ayam dan piza.

"Kami memesan makanan segera Amerika. Dibayar oleh saya. Banyak hamburger, piza dan saya fikir mereka suka lebih daripada apa yang kami berikan.

"Kami mempunyai ramai orang yang suka makan, jadi saya fikir ia sedikit menyeronokkan," katanya.

Trump berkata dia memesan kira-kira 1,000 hamburger untuk dihantar ke White House bersama dengan nuget ayam dan juga piza.

"Saya tiada pilihan. Kami tiada makanan kerana berlaku penutupan atau adakah kami akan jamu anda dengan salad yang dihasilkan first lady. Dan saya kata, anda tidak gemar makan salad," katanya.

Ia adalah kunjungan kedua pasukan ragbi Clemson ke White House sejak Trump menjadi presiden.

The Tigers bertemu Trump buat kali terakhir pada Jun 2017.

Trump menggelar Clemson sebagai pasukan hebat dan luar biasa. - Metro.co.uk

Donald Trump, burger, Clemson

Artikel Lain