suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bukan gimik! Anjing liar sesat tiba-tiba 'catwalk' ketika pertunjukan fesyen berlangsung

Anjing liar yang tiba-tiba muncul pada acara pertunjukan fesyen di Mumbai. - Foto Indian Express

SEEKOR anjing liar mencuri tumpuan pada sebuah pertunjukan fesyen di Mumbai, India.

Ketika beberapa model sedang berjalan memperagakan koleksi pakaian tradisional daripada pereka fesyen Rohit Bal, seekor anjing tiba-tiba naik ke atas pentas.

Seperti yang dirakam dalam sebuah video, anjing itu tidak mempedulikan majlis yang sedang berlangsung dan berjalan ke hulu-hilir di atas pentas tersebut.

Walaupun rekaan-rekaan Rohit turut digayakan oleh aktor tampan, Sidharth Malhotra dan pelakon Diana Penty, namun anjing jalanan itu yang lebih menarik perhatian pengunjung.

Menurut agensi berita ANI, anjing berkenaan dihalau keluar oleh kru penganjur tidak lama kemudian. - Indian Express

anjing liar

Artikel Lain