suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki selamba berdiri, buka seluar dan kencing dalam pesawat

TANPA menghiraukan penumpang lain, seorang lelaki bertindak membuka seluarnya dan membuang air kecil di laluan dalam pesawat.

Tentu sekali ia mengejutkan penumpang lain apabila melihat gelagat lelaki yang dipercayai dalam keadaan mabuk itu.

Malahan, video yang dirakam penumpang pesawat berkenaan menunjukkan lelaki itu berdiri di depan tempat duduknya, membuka seluar dan terus membuang air kecil.

Lelaki itu langsung tidak bergegas untuk ke tandas pesawat berkenaan.

Bagaimanapun, tidak jelas di mana visual itu dirakamkan, tetapi ia dipercayai dalam pesawat ketika penerbangan domestik di Rusia.

Media Rusia telah menyiarkan insiden berkenaan pada Rabu tanpa menyatakan maklumat berkaitan penerbangan dan lokasi kejadian.

Salah seorang yang berkongsi video itu mencatat: "Seorang lagi pemabuk dalam pesawat. Kasihan kepada penumpang yang terpaksa menyaksikan kejadian itu."

Difahamkan, lelaki berkenaan disiasat pihak berkuasa kerana perbuatan tidak senonohnya itu.-Metro.co.uk

Rusia, mabuk, pesawat, kencing

Artikel Lain