suria

Mulanya gesel bot, kemudian seharian jerung 20 meter berenang bersama si penyelam

PENYELAM di perairan Hawaii berdepan dengan situasi mengejutkan apabila menemui jerung yang mencecah enam meter panjang.

Dipercayai antara yang terbesar direkodkan, jerung itu dikatakan mempunyai ciri hampir serupa dengan Deep Blue, jerung terbesar ditemui setakat ini.

"Beberapa jerung kelihatan di kawasan itu dan kemudiannya ia muncul membuatkan jerung yang lain beredar dari situ.

"Ia kemudiannya mengesel-gesel pada bot kami," kata Ocean Ramsey, salah seorang penyelam menceritakan situasi yang dialaminya kepada Honolulu Star Adviser.

Beliau menggambarkan haiwan itu sebagai gergasi yang begitu indah dan menjadikan bot mereka untuk mengeselkan badannya.

Malahan, Ramsey juga berpeluang untuk berenang bersama jerung berkenaan sambil merakamkan gambar bersamanya.

"Kami mula menyelamat sebaik matahari terbit dan jerung itu bersama kami sepanjang hari," katanya.

Ramsey percaya haiwan itu berusia sekurang-kurangnya 50 tahun dan beratnya mencecah 2.5 tan.

"Mungkin juga ia hamil," katanya yang mengakui situasi itu jarang berlaku kerana air panas sekitar perairan Hawaii.

Deep Blue yang memiliki akaun Twitter dan pernah ditampilkan dalam beberapa dokumentari baru-baru ini telah dikesan di sekitar Pulau Guadalupe di perairan Mexico.-SCMP

Deep Blue, Ramsey, Hawaii

Artikel Lain