suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak 2 tahun maut terperangkap luar rumah ketika ribut salji, suhu -8 darjah Celsius

Punca kematian Sofia disebabkan hiportemia. Foto Supplied/Mirror UK

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang masih berbaju tidur ditemui mati kesejukan selepas terkucing dari luar belakang rumah semasa ribut salji.

Mayat Sofia Van Schoick ditemui seorang jiran awal pagi di luar rumah kanak-kanak itu, yang ketika itu suhu adalah -8 darjah Celsius.

Mangsa baru sahaja berpindah ke kawasan kejiranan itu di New Port, New Hampshire, Amerika Syarikat (AS), bersama ibunya yang sedang hamil, dan pasangan kembarnya, Camden.

Datuk mangsa memberitahu media AS bahawa Sofia seorang yang begitu berdikari dan mungkin terjaga pada waktu malam untuk melihat keadaan rumahnya yang baharu, sehingga keliru lalu terkunci dari luar.

Jirannya, Shane Rowe memberitahu media WMUR9: "Saya nampak seorang kanak-kanak kecil di bawah tangga. Saya beritahu pada diri sendiri - saya harap ia adalah anak patung."

Roew berkata, teman wanitanya mendengar tangisan pada pukul 4 pagi tetapi tidak dapat melihat apa-apa sebelum kembali tidur.

Mayat kanak-kanak itu ditemui keesokan pagi selepas ribut salji kembali reda.

Ketua Polis Newport, James Burroghs berkata: "Pasukan kecemasan Newport mendapat panggilan dan kemudian menemui kanak-kanak itu tidak bernyawa sebelum disahkan meninggal dunia."

Punca kematian Sofia kerana mengalami hipotermia. - Mirror UK


salji, hiportemia

Artikel Lain