suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akibat ubat tidur, lelaki tak sedar melamar teman wanita

MUNGKIN kerana terlalu mengantuk selepas mengambil pil tidur, seorang lelaki secara tidak sengaja telah melamar teman wanitanya.

New York Post melaporkan, lelaki yang enggan dikenali itu telah membuat pengakuan itu.

Katanya, masalah sukar untuk tidur menyebabkan lelaki itu mengambil 40 miligram ubat tidur, melebihi dos yang ditetapkan.

"Saya ada letak cincin pertunangan dalam laci...apabila bangun saya dapati cincin itu ada pada jari si dia.

"Sudah tentu saya terkejut kerana tidak ingat sama sekali apa yang telah berlaku," katanya.

Malahan, lelaki itu juga mengemas kini status Facebooknya kepada 'bertunang' dan ketika itu dia masih dalam pengaruh ubat berkenaan, Ambien.

"Sebenarnya saya tidak bercadang untuk bertunang dengan teman wanita saya untuk sekurang-kurangnya setahun setengah lagi dan berhasrat untuk membeli cincin yang lebih baik tetapi kerana kesan ubat tidur itu, ia seolah-olah mempercepatkan perancangan itu," katanya.-Heraldsun.com

Ambien, bertunang

Artikel Lain