suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enggan beri kod PIN telefon bimbit, isteri bakar suami hidup-hidup hingga mati

Dedi mengalami luka melecur yang teruk.

SEORANG isteri ditahan selepas didakwa berniat membunuh suaminya kerana enggan membenarkan dia mengakses telefon bimbitnya.

Ilham Cahyani, 25, bertanya kepada Dedi Purnama, 26, kod PIN telefon bimbit suaminya itu ketika dia sedang membaiki atap rumah mereka di perkampungan Pandawangi, Indonesia.

Namun mereka mula bertengkar dan Dedi bertindak memukul isterinya itu.

Mereka bergelut antara satu sama lain sebelum Cahyani mengambil setin minyak petrol dan menyimbahnya ke badan Dedi.

Dedi meninggal dunia selepas dua hari dirawat di Pusat Kesihatan Keruak.

Cahyani kemudiannya menyalakan pemetik api ke arah Dedi sebelum badannya terbakar.

Seorang saksi yang hanya ingin dikenali sebagai Oji memberitahu pemberita bahawa dia bergegas ke lokasi kejadi selepas terlihat mangsa terbakar.

Ketua Polis Made Yogoi mendedahkan Dedi dikejarkan ke Pusat Kesihatan Keruak dan dirawat selama dua hari kerana mengalami luka melecur yang teruk.

Dedi bagaimanapun meninggal dunia dua hari kemudian.

Cahyani masih direman di Balai Polis Wilayah Timur Lombok. - Metro.co.uk

bakar, telefon bimbit

Artikel Lain