Jokowi bebaskan Abu Bakar Bashir

Abu Bakar Bashir (tengah), menerima kunjungan Yusril Ihza Mahendra (kanan) di Penjara Gunung Sindur di Bogor, Indonesia.

PRESIDEN Joko Widodo mengesahkan telah bersetuju untuk membebaskan pengganas yang sedang menjalani hukuman penjara, Abu Bakar Bashir.

Alasan kemanusiaan diambil kira Jokowi semasa memutuskan untuk membebaskan Abu Bakar yang masih belum menjalani hukuman sepenuhnya.

"Ya, yang pertama memang alasan kemanusiaan ertinya beliau kan sudah tua, juga kerana keadaan kesihatannya," katanya ketika meninjau Pondok Pesantren Darul Arqam di Garut, Jumaat.

Jokowi mengakui, keputusannya untuk bersetuju dengan pembebasan Abu Bakar ini adalah hasil perbincangan dengan pihak perundangan negara itu, Yusril Ihza Mahendra.

Sebelum itu, perkara sama telah diketengahkan untuk perbincangan di peringkat dalaman pemerintah.

"Ini sebuah pertimbangan lama, sejak awal tahun lalu," katanya lagi.

Abu Bakar yang disyaki mendalangi pengeboman di Bali pada 2002 telah dijatuhi hukuman 15 tahun penjara oleh Majlis Hakim Pengadilan Jakarta Selatan pada 2011.-Tribunnews.com


Abu Bakar, Jokowi

Artikel Sebelum

Kecoh harimau bintang 'check-in' hotel

Klik

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain