suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecoh harimau bintang 'check-in' hotel

TETAMU dan kakitangan sebuah hotel di utara India cemas seketika selepas seekor harimau bintang menceroboh masuk ke bangunan itu.

Media tempatan melaporkan, kejadian berlaku di sebuah hotel di Balorganj, Mussoorie di Uttarakhand.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), haiwan terbabit dilihat meninjau kawasan lobi hotel selama kira-kira 15 minit sebelum beredar ke kawasan belukar berhampiran.

Menurut pihak pengurusan hotel, tiada tetamu atau kakitangan yang cedera diserang haiwan berkenaan.

Kejadian hampir sama berlaku pada 2016, ketika itu harimau bintang itu memasuki bilik hotel di Nainital, Utarakhand.

Bagaimanapun, haiwan itu tidak menyerang pasangan yang menghuni bilik itu, sebaliknya hanya masuk ke tandas.

Sebelum kejadian, harimau bintang itu dikatakan telah dikejar anjing jalanan hingga menyebabkan ia terus masuk ke hotel berkenaan.-Atimes.com

harimau bintang, Utrarakhand

Artikel Berikut

Artikel Lain